Baru sampai tapi megi dah habis, “Influencer” pasrah ketika bersahur

Sebelum ini, nama YouTuber, Aisar Khaledd pernah tular ekoran tindakan kurang bijaknya dalam membuat content ‘babi air’ menggunakan ribuan gel penyejuk badan.

Kena saman masa bersahur
Kali ini, Aisar kembali menjadi perbualan apabila videonya memberitahu bahawa disaman Rm1,500 kerana tidak mengimbas kod MySejahtera di sebuah kedai makan pula mendapat perhatian netizen.

Dalam video di aplikasi TikTok itu, dia memberitahu baru sahaja disaman dan turut mengakui kesalahannya bersama dua orang lagi kenalan.


Akui kesalahan sendiri
Menceritakan momen ‘mendebarkan’ itu, pemuda berusia 21 tahun tersebut memaklumkan dia ke kedai makan untuk bersahur dan tak larat mahu ke kaunter bagi mengimbas kod MySejahtera kerana baru sahaja pulang dari gym.

Selepas diperiksa oleh pihak berkuasa, pelbagai alasan tak masuk akan diberikan dan mereka tetap disaman.

Walau bagaimanapun, mereka pasrah disaman memandangkan tindakan yang dibuat sememangnya kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Dah setahun pun masih tak ingat ke?
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, netizen telah mulai meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas di aplikasi TikTok Aisar.

Ada juga yang menulis dengan mengatakan RM1,500 buat mereka bukanlah sesuatu yang besar dan pasti dapat dibayar dengan mudah.

Polis pesan jangan buat lagi

Orang berduit kena saman yahoo2

Baguslah buat pengajaran semua

Tapi kenapa ada yang kena RM10k?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 83 = 85