Gurauan Belanja KFC Punca Pergaduhan

Berang dengan gurauan mangsa yang dikatakan mempermainkan suspek dengan janji untuk belanja makanan segera menjadi punca seorang remaja dibuli tiga rakan seasrama.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan laporan kejadian buli melibatkan tiga pelajar sekolah di Tanah Merah, Kelantan, yang tular di media sosial, hari ini.

“Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang apabila mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga mereka dengan gurauan hendak belanja KFC.

“Pihak polis sudah mengenal pasti dan membuat tangkapan ke atas semua individu yang terlibat. Ketiga-tiga suspek di bawa ke balai polis untul tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Terdahulu satu rakaman video berdurasi selama 25 saat tular di Facebook memaparkan sorang remaja dipukul dua remaja lelaki dalam sebuah bilik asrama di sekolah berkenaan.

Sementara itu Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

#Sumber :  FB 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

54 − 47 =