Kalau Suami Itu Penyayang Serta Pandai Jaga Anak Isteri, Pemergiannya Memang Amat Terasa.

Meskipun kita semua sudah menjengah bulan Ogos bagi tahun 2020, namun sudah bermacam cerita sedih dan pilu telah menjadi bualan hangat di media sosial. Tak berapa lama dahulu pelawak terkenal Abam Bocey telah dijemput Ilahi, selepas itu para peminat di Malaysia dan Indonesia pula bersedih apabila pelakon sinetron terkenal Ashraf Sinclair menghembuskan nafas ter4khir gara-gara komplikasi jantung. Selain pergi mengejut pada umur muda, mereka berdua juga dipuji sebagai ketua keluarga yang sangat baik.

Kalau suami tu penyayang…terasa sangat kehilangannya

Menerusi perkongsian di laman Twitter milik wanita bernama @eleanakamal baru-baru ini, dia cuba meletakkan dirinya dalam situasi yang dilalui oleh balu kedua-dua selebriti tersebut. Jelasnya lagi, kehilangan seorang ketua keluarga yang penyayang dianggap boleh memberikan tamparan besar terhadap ahli keluarganya.

 

Makin lama kahwin, makin kuat perasaan sayang

Sambil menceritakan beberapa jasa baik suaminya sepanjang mendirikan rumah tangga, Puan Eleana menyatakan bahawa lelaki itu sering melengkapkan hidupnya termasuklah soal menguruskan anak-anak. Ujarnya lagi, perasaan cinta dan kasih sayang antara suami isteri makin terbina apabila kedua-dua pihak saling memahami antara satu sama yang lain. Maka disebabkan itulah juga, kehilangan mereka diibaratkan hilang separuh lagi nyawa para isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

60 − 56 =