Lelaki Ini Nikah Dengan Gadis Asli Dan Nekad Rakam Dalam Rumah Bila Isteri Selalu L3bam Dan C3dera.

Taksanggup nak guna akaun sebenar.

Tak mampu jika ada orang tahu tentang ai b yang berlaku dalam keluarga saya sendiri.

Semasa saya menulis ini, sudah tiga bulan saya dan isteri tinggal berasingan dari ibu saya. Saya berkahwin dengan isteri sejak 6 tahun yang lalu. Dia adalah wanita pilihan ayah saya. Isteri saya tidak pernah berseko lah sejak kecil. Ayahnya orang Cina (driver lori balak) dan ibunya pula Orang Asli. Mertua tidak berkahwin. Isteri saya dider4 oleh neneknya sejak dari kecil. Kemudian dijaga dan dibesarkan serta bekerja di gerai makan milik bapa saudara sebelah ibunya yang sudah berkahwin dan beragama Islam, tetapi tidak mengam alkan ajaran Islam yang sepenuhnya.

Ayah saya berkenan pada isteri ketika dia menyertai lawatan ke penem patan Orang Asli. Dia mahu gadis itu dijodohkan dengan saya, katanya mahu menambah umat Nabi Muhammad dan kesi han melihat bakal isteri bekerja seperti ku li dalam keadaan yang tidak teru rus. Ketika itu, isteri belum mencapai usia 20 tahun. Ayah ingin be baskan dia dari kehid upan yang d4if. Tambahan pula ketika itu saya baru saja putus pertun angan yang dimeterai hampir tiga tahun. Oleh kerana hati yang lara, saya terima saja memandangkan bakal isteri cantik, campuran Cina dengan Orang Asli. Cuma dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis, tidak tahu tentang dunia, me dia sosial apa semua pun tak pernah tahu.

Isteri saya tiada agama, tiada didikan agama sehinggalah dia berkahwin dengan saya, dengan nama indah yang dipilih saya sendiri. Tetapi itu bukanlah isunya. Hasrat ayah disambut baik oleh ibu dan ibu setuju serta memberi harapan agar perkahwinan dipercepatkan. Ibu meminta saya dan isteri tinggal bersama dengannya agar ibu dapat dekatkan isteri dengan agama. Lagipun ibu sunyi di rumah dengan ayah yang bergilir ke rumah isteri lain dan juga kerap out station. Adik pula masih belajar di I PT.

Awal perkahwinan, kami keluarga yang bahagia. Ibu mengajar isteri solat/mengaji dan saya mengajarnya menulis dan membaca.walaupun kadang-kadang terasa jerih kerana dia amat sukar untuk memahami apa yang diajar. Lidah yang tidak pernah membaca, masakan mudah untuk mengaji dan solat. Walaupun bacaannya tidak lancar, saya selalu menjadi imam buatnya di waktu malam. Lebih banyak dia mengikut saja pergerakan saya dari membaca bacaannya sendiri. Makan tahun untuk mengajar isteri, akhirnya dia mampu solat dan mengaji sendiri walau ketika dia mengaji saya selalu ketawa sendiri kerana cara bacaannya seperti kanak-kanak.

Sesungguhnya Allah sentiasa mendu ga hamba-hambaNya. Setiap suka, tentu ada du kanya. 12 Januari 2021 yang lalu, saya ternampak kesan berbi rat di kaki kanan isteri lalu saya tanya kenapa. Katanya, dia terlang gar bucu katil. 17 Januari 2021, ada kesan leb am besar di lengan sebelah kiri. Saya menjadi semakin hairan tetapi bila ditanya, isteri kata dia terlang gar meja pula. Dan yang menjadi semakin hairan, isteri semakin pendiam dan tidak banyak berbual. Dia lebih banyak menyendiri di dalam bilik walaupun sewaktu saya ada di rumah. Sesekali dia duduk berkumpul bersama.

Selepas menyiapkan kerja rumah, dia kemudian masuk ke bilik tidur. Saya ma ti punca, tidak tahu kenapa. Tetapi bila ditanya, katanya tiada apa-apa. Saya sangat buntu pada minggu itu. Bila tanya ibu, ibu cakap tiada apa-apa. Saya mohon kepada Allah, sesungguhnya tunjukkanlah saya jalan apa yang perlu saya buat. 24 Januari 2021, isteri ada kesan leb am di dua tiga tempat belakang badannya.

Tiada cara lain untuk tahu kenapa isteri jadi begitu, saya berkon gsi cerita dengan kawan baik. Katanya, “Camera will never li ed to you”. Memandangkan dia seorang cyc list, dia pinjamkan saya goP ro miliknya untuk digunakan di rumah. “Letakkan di tempat paling tinggi, keseluruhan ruang akan nampak. Rekod hanya mampu selama 15 minit untuk setiap video tetapi jumlah rakaman selama 12 jam,” katanya. *kawan, jasamu takkan pernah aku lupa.

Jam 6 pagi subuh keesokan harinya, saya letak GoP ro senyap-senyap di atas kabinet pinggan hiasan ibu. Jelas nampak seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur, dengan harapan Allah tunjukkanlah saya buk ti. 25 Januari 2021, saya bawa GoP ro itu ke pejabat. Ketika itu bateri sudah habis, maka saya perlu tran sfer data rakaman ke laptop untuk melihat rakaman video yang telah dirakam. Saya tak sabar menunggu waktu rehat, supaya saya boleh melihat dengan tenang. Sebelum saya membuka rakaman, saya berdoa pada Allah tunjukkanlah saya jalan yang terbaik.

Saya mainkan satu rakaman demi satu. Kelihatan ibu keluar mengajar kelas Al-Quran jam 8 pagi untuk ke madrasah. Sejurus itu kelihatan isteri saya keluar dari bilik untuk mengemas rumah, memasak di dapur untuk seketika. Tiada apa yang pe lik berlaku. Namun jam 11.25 pagi, ketika ibu pulang dari mengajar, isteri yang sedang menyapu di ruang tamu tidak semena-mena ketika ibu melintasi isteri di ruang tamu, ibu tarik rambut isteri dari belakang lalu dihum ban kepala isteri ke lantai.

Saya tergamam! Betulkah apa yang saya lihat ini? Saya ulang sekali lagi, ulang dan ulang.

Ketika saya melihat video itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Jelas dalam rakaman itu, isteri saya sa kit dan ketak utan membetulkan rambutnya. Ibu datang semula dengan cepat dan ambil penyapu yang jatuh kemudian dilib as belakang badan isteri. Tangan diha yun selaju-lajunya. Isteri saya menahan penyapu dari terus memu kul badannya. Tetapi ibu lib as lagi sebelum hem pas penyapu ke badan isteri.

Ketika saya menulis ini, saya masih lagi tidak mampu mengawal perasaan, menangis dalam hati saya mengingatkan apa yang isteri saya lalui. Saya tidak mampu menonton rakaman yang lain, terus tutup laptop. Saya menangis di meja semahu-mahunya sambil mengenangkan isteri. Isteri saya tidak pandai dalam serbia-serbi, tidak pandai membaca, menulis dan bercakap pun masih tergagap-gagap. Dia juga takut berhadapan dengan orang yang tidak dikenali, tidak pernah mahu mengikut ke majlis keramaian kerana malu diperhatikan.

Saya berkahwin dan membawa dia tinggal bersama dengan ibu dengan harapan dapat merubah dia dari kehid upannya sebelum ini. Dia dider4 nenek dan bapa saudaranya, dic4bul sepupu dan tiada siapa yang membela nasibnya sejak dari kecil lagi. Sehinggalah dia berkahwin dengan saya. Saya dengan penuh bangga dan mendabik dada kononnya saya telah menjadi penyela mat kepada isteri dari kehid upan yang mala ng.

Hakikatnya tanpa saya tahu, tiada bezanya kini dengan kehid upan yang lama dan yang lebih menyak itkan ialah orang yang paling saya sanjung sejak dari kecil, yang paling saya sayang, yang saya dahulukan dalam semua hal telah melukakan hati saya serta isteri yang saya amat cintai. Saya kemaskan barang-barang di office dan beritahu kawan-kawan yang saya ada masalah kece masan dan terpaksa pulang segera. Saya offday. Sepanjang perjalanan pulang, saya menangis.

“Kenapa, kenapa ibu buat begitu pada isteri saya? Apa salah isteri saya?”

Setibanya di pintu rumah, saya nampak isteri sedang menjemur baju.

Ibu tiada kerana kelas mengajar ibu selepas Zohor. Ketika masih di dalam kereta, saya menangis dan isteri melambai-lambai dan tersenyum pada saya. Ketika saya melihat isteri, ssaya melihatnya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang yang tidak pernah saya rasai pada sesama manusia selama saya hid up. Betapa tulus dan baiknyamu wahai isteri. tidak pernah walau sekali pun dia menceritakan apa yang ibu lakukan pada dia. Apatah lagi nak memburuk-burukkan ibu saya.

Siapa tahu, kan?

Bila kita akan jatuh cinta lagi, jatuh cinta yang paling mendalam dalam hati. Itulah yang saya rasakan. Saya keluar dari kereta, isteri datang pada saya hulurkan tangan untuk disalam. Saya terus memeluknya dengan erat kemudian menangis.

“Abang kenapa?” soalnya.

“Kita kemas kain baju, bawa yang mana perlu bawa sahaja. Penuhkan satu beg, cukup kelengkapan kita berdua untuk seminggu. Jangan tanya apa-apa,” kata saya padanya.

Ketika itu hati saya sudah tidak mampu nak bertahan, bimbang tidak dapat mengawal emosi.

Sesungguhnya Allah telah memberiku amanah untuk dijaga dan amanah ini akan saya jaga selagi mana hayat saya masih ada. Sepanjang perjalanan pulang dari office, saya telah merancang untuk membawa isteri tinggal di hotel sementara saya mencari rumah sewa. Saya daftar masuk ke bilik hotel yang selesa untuk isteri agar saya tidak perlu risau akan keselam atan dia. Saya mesej ibu dan beritahu saya bawa isteri pulang ke kampung pakciknya untuk seminggu. Bila ibu tanya kenapa, saya langsung tidak membalas mesej ibu.

Ayah tidak tahu tentang hal ini kerana ayah selalu berjauhan. Ibu saya seorang yang disanjung masyarakat kerana mengajar mengaji di madrasah, mengajar kitab fiqah di kampung-kampung sebelum, seorang yang berpengetahuan tinggi dalam agama, cantik berpakaian dan kemas sentiasa. Menjadi contoh buat ibu-ibu yang lain. Seorang yang saya sanjungi semasa kecil hingga dewasa dan juga bercita-cita mencari seorang isteri yang mempunyai akhlak dan ilmu seperti ibu.

Tetapi Allah temu dan jodohkan saya seorang isteri yang serba kekurangan, tidak berharta, tidak berilmu dunia apatah lagi akhirat.

“Kenapa pindah?” tanya ibu. “Senang nak berulang alik dari office ke rumah,” jawab saya. Ibu dan ayah tidak tahu di mana tempat tinggal saya. Saya sayangkan ibu tetapi saya sayangkan isteri saya lebih lagi. Dia tidak punya sesiapa di dunia ini. Hanya sayalah yang dia ada, hanya saya yang menjaga dia.

Seandainya, jika isteri saya ceritakan apa yang berlaku, tentunya saya tidak akan percaya. Jika tidak menonton video kejadian itu sendiri… Kerana itu Allah telah mengaturkan jalan paling terbaik untuk saya dan isteri. Sesungguhnya layanan ibumu tidak akan sama di hadapan mahupun di belakangmu. Mohonlah pada Allah apa yang terbaik.

Sumber : HambaMu yang hina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 8 =