Pakar Internet ‘Mencari Gali’ 2 Gambar, Masa Ustaz Ebit Lew Muda Remaja. Jauh Berbeza Dari Sekarang.

FENOMENA kebaikan yang ditebarkan oleh pendakwah yang sangat berlemah lembut dalam menyampaikan ilmu Islam ini tampaknya kian menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, foto lama Ustaz Ebit Lew ‘dikorek’ untuk dikongsikan. Barangkali ia untuk membuktikan kenyataan yang tidak-tidak tentang beliau, gambar lama yang dikongsikan menunjukkan ustaz sudah ‘bergerak’ sejak zaman remajanya lagi untuk berdakwah.

Antaranya, foto beliau berserban dan berjubah putih berwajah polos dengan kapsyen ‘Dari remaja berdakwah… baiknya’ antara mendapat hampir 4k ‘Like’.

Kedua-dua imej foto lama Ustaz Ebit itu dikongsikan di ruangan komen oleh netizen dalam status dimuatnaik dalam Facebook Ustaz Ebit Lew yang menulis berkenaan ‘sejarahnya’ sejak remaja hingga kini, semalam.

Sementara, foto Ustaz Ebit digambarkan dengan kapsyen ‘Ustaz Ebit sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam TIJB 2001. Lama dah ustaz berdakwah…’ mendapat lebih 6.1k ‘Like’.

Terdahulu dalam perkongsian tersebut, Ustaz Ebit menyatakan rasa syukur pada ALLAH kerana berkat doa mak ayah, isterinya yang digelar bidadari, doa ramai orang baik-baik, ALLAH memberikan rezeki mencurah-curah buatnya.

Sememangnya ada segelintir yang mempertikaikan apa yang dimiliki beliau akhir-akhirnya ini, yang mungkin melihatnya sekadar luaran sahaja.

Beliau tidak menafikan ramai bertanyakannya soalan yang bukan-bukan.

Mungkin itu menyebabkan ustaz terpaksa memuatnaik status sebegini kali ini.

Hasil berniaga
Ya, jarang atau mungkin tidak pernah dikongsikan oleh beliau sebelum ini, bagaimanapun, Ustaz Ebit menjelaskan apa yang diperolehnya itu adalah hasil bekerja dan berniaga yang sudah lebih 10 tahun.

Dalam status Facebook yang ditulis oleh Ustaz Ebit beserta foto beliau dan isteri dipercayai di hadapan kediamannya itu, menurutnya, dirinya dahulu bukan seperti hari ini.

Kongsi beliau lagi dahulu pernah beliau tidur di masjid dan atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang.

“Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar? Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh.

“Dengan janggut kasut pun buruk. Stoking takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya RM800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya,” katanya.

Menariknya, kongsinya, beliau mula bekerja dengan pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim sebagai trainer atau motivator.

Beliau mengendalikan program korporat teambuilding selama empat tahun, sebelum memulakannya sendiri.

Bersyukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding bekerjasama dengannya, menurutnya terdapat syarikat kerajaan yang membuat program untuk seluruh kementerian. Antaranya, program keluargasunnah, prokids remaja hingga beliau jelajah seluruh Malaysia.

“Saya ada tiga restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.

“Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat,” tulisnya lagi.

Menurutnya, beliau turut bersyukur apabila dapat mengendalikan dua program televisyen yang sudahpun masuk dua tahun.

“Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak.

“Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki ALLAH beri. Tapi saya yakin ALLAH beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati,” katanya.

Akan begitu, beliau sedar akan semua itu hanyalah di dunia sementara. Baginya kesemuanya milik ALLAH. Katanya bila-bila masa ia boleh diberi dan diambil semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 3 =