“Polis Cari Kanak-kanak Darjah 3 Pandu Kereta”

Satu video tular di media sosial sejak pagi tadi yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun memandu sebuah kereta Proton Saga.

Berikutan itu, polis sedang mengesan budak tersebut selain termasuk ibu bapanya untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.
“Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya,” kata Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam menerusi laporan Sinar Harian.

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, budak berkenaan turut memberitahu bahawa bapanya yang mengajar memandu kereta setelah ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video sebelum beredar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 1 =