Setiap hari si Oyen nie akan menjadi tetamu pertama abah. Bila malam jadi peneman abah. Allah Sayunya.

SEBUT sahaja kucing oyen (oren), pasti rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa lucu dek kerana banyak kisah mencuit hati yang dipaparkan di media sosial melibatkan haiwan bulus ini.

Namun kisah seekor kucing oren yang mulai tular baru-baru ini pasti membuatkan netizen sebak dan tersentuh.

Menerusi perkongsian pelayar bernama Hazlynn Nozi di Fesbuk Kel4b Pencint4 Kucing Malaysia, kucing jantan yang diberi nama Nana membuktikan betapa sifat kasih dan setia seekor haiwan kepada manusia sememangnya wujud.

“Dua tahun lebih pemergian arw4h abah, masih setia. Dari tanah ku.bur merah dan basah sehingga hari ini. Al-fatihah buat arw4h Abah.

“Ku.bur ni belakang masjid, dan masjid tu sebelah rumah kami. Tiap pagi balik rumah untuk minta makanan kaki basah-basah kena embun, baru balik dari ku.bur.

“Semoga terus menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baiklah walau pada seekor kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Gambar Nana ketika hari pertama tuannya meninggal dunia.

Menurut wanita berkenaan, Nur Hazlynn Mohamat Nordin, sudah menjadi rutin Nana untuk menziarahi pusara bapa mentuanya, Abd Aziz Ismail setiap hari sejak dia meningg4l dunia, dua tahun lalu.

“Sebenarnya si oyen ni saya yang bawa ke rumah abah sebab masa itu dekat rumah saya, dah ada beberapa ekor kucing. Kebetulan ketika itu abah baru saja pencen sebagai guru, anak-anak pula tinggal berasingan, jadi dengan oyen ni la abah hilangkan rasa bosan.

“Nama Nana pun abah yang pilih. Dia memang rajin mengekor abah pergi masjid yang terletak di sebelah rumah. Waktu Subuh kalau abah nak keluar rumah, dia siap tunggu dekat tangga sebab abah akan berinya makanan.

“Abah pelihara Nana ni style kampung saja… tak ada bawak pergi grooming atau salun kucing pun. Makanan pun beri yang biasa-biasa, tak mahal. Abah tak manjakan Nana macam tu.

Nana setia menziarahi pusara tuannya setiap hari tanpa jemu sejak dua tahun lalu.

“Tapi memang abah yang selalu layan Nana berinya makanan. Sebab itu Nana rapat dengan abah, lagi pula dah enam tahun duduk bersama di kampung di Tanah Merah, Kelantan,” kata wanita berusia 25 tahun ini kepada satu laman web terkenal.

Bercerita lebih lanjut, Nur Hazlynn berkata bapa mentuanya meningg4l dunia pada Ogos 2018 kerana komplikasi pelbagai peny4kit kr0nik.

Orang masjid pun tahu tabiat Nana. Dia akan lompat pagar menyeberang dari rumah ke masjid. Nana akan balik bila lapar.

“Pada hari pertama selepas abah meningg4l dunia, Nana pun ikut kami ziarah pus4ra. Ingatkan dia saja-saja ikut sekali sebab ramai-ramai pergi.

“Tapi selepas itu pun, Nana pergi sendiri. Adik beradik kami mana yang tinggal berdekatan memang akan pulang rumah umi sebab setiap pagi Jumaat selepas sarapan, kami ziarah pus4ra arw4h.

“Bila sampai saja di ku.bur, nampak Nana dah ada di ku.bur… dia sampai lagi awal. Selalu siapa-siapa yang ziarah, memang akan sh4re gambar dekat group Wh4tsApp. Port kegemarannya di nisan bahagian kepala arwah abah.

“Sampai sekarang asal hilang saja, mesti tahu dah Nana pergi mana. Orang masjid pun tahu tabiat Nana. Dia akan lompat pagar menyeberang dari rumah ke masjid. Nana akan balik bila lapar,” ceritanya lagi.

Kucing berwarna oren yang diberi nama Nana ini tinggal bersama arwah bapa mentua Nur Hazlynn sejak 6 tahun lalu.

Tambah Nur Hazlynn, dia berkongsi mengenai Nana di gr0up Fesbuk sekadar untuk suka-suka.

“Selalu ramai sh4re pasal oyen mereka yang lucu, kemudian saya teringat kami juga ada seekor oyen. Tapi oyen yang ini sentimental sikit.

“Kami sekeluarga pun tak sangka boleh jadi tular namun bersyukur, asbab daripada perkongsian mengenai si oyen ni, ramai yang tahu pasal arwah

“Mudah-mudahan apabila ramai yang membaca kisah ini, dalam masa yang sama dapat sed3kahkan Al-Fatihah buat arw4h abah. Tiada apa yang kami harapkan… semoga kisah Nana jadi manfaat untuk semua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 30 = 35