Tahniah! Dato Seri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki Awal Subuh Tadi

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Facebook penyanyi tersebut, pihak pengurusannya memberitahu bayi seberat 3.84 kg itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan dengan lancar,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Dalam pada itu, anak tiri penyanyi tersebut, Asyraf Khalid ada berkongsi wajah bayi lelaki Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagramnya.

Asyraf juga mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi dan berdoa semoga bayi yang baru lahir ini menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama dan keluarga.

Tahniah Tokti dan selamat berpantang. Aafiyah mesti seronok dah dapat adik baru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

36 + = 43