“Thanks Bubu” Tema Kelab Bola Sepak, Kamal Adli Sambut Hari Lahir Bersama Senrose’s Family

Nampaknya sambutan hari lahir pelakon Kamal Adli yang ke-35 tahun ini sangat bermakna buat dirinya apabila beliau telah menyambutnya bersama dengan bakal keluarga baharunya.

Uqasha Senrose, selaku tunangan Kamal mengambil tanggungjawab untuk menyambut hari lahir Kamal sambil dihadiri oleh keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)


Turut kelihatan hadir di majlis itu ialah ibu kepada Uqasha, Nelydia Sensore, Aprena Menrose, Oktovia Menrose, Raysha Rizrose, Nadiyah Shahab dan ramai lagi teman rapat mereka yang lain.

Majlis itu telah diadakan di sebuah hotel di ibu kota sambil bertemakan kelab bola sepak kegemaran Kamal sendiri iaitu Manchaster United.

Rata-rata peminat Kamal turut menitipkan ucapan hari lahir beliau yang telah jatuh pada 16 April lalu dan turut sempat mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua memandangkan tidak lama lagi Kamal dan Uqasha akan mendirikan rumah tangga.

Tahun ini Kamal sambut hari lahir bersama Uqasha dan keluarganya sebagai status tunangan, tahun depan dah jadi suami isteri pula kan!

Apa pun, Selamat Hari Jadi untuk Kamal, semoga panjang umur, murah rezeki dan mudah-mudahan segala persiapan untuk majlis perkahwinan nanti akan dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 42 = 46