Umpan Mengena! Pemancing Terkejut Sejurus Tangkapan Melompat.

Seekor Ikan Gergasi yang berjaya ditangkap oleh pemancing di Kanada.

Terdapat satu video yang menunjukkan seorang pemancing yang berjaya menjinakkan sekaligus menangkap ikan gergasi seberat 158 kilogram telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut menjadi tular selepas dimuat naik oleh seorang pengendali aktiviti memancing bernama Yves Bisson Sturgeon Co. di laman Instagram pada 17 Julai 2021 lalu.

Video tersebut telah mendapat tontotan lebih 55,000 kali.

Detik-detik ikan gergasi terkena umpan pancing dan melompat dari sungai.

Dalam video itu, seorang pemancing telah menarik joran yang dikendalikan olehnya sebelum seekor ikan gergasi tiba-tiba melompat dari permukaan air. Kejadian yang sangat mengkagumkan itu berlaku saat sekumpulan pemancing sedang seronok memancing di sekitar Sungai Fraser, British Columbia, Kanada.

Anda pasti kagum dan merasa takjub melihat video ikan bersaiz gergasi dibawah ini saat ia ditangkap.

Yves Bisson iaitu orang yang telah menangkap dan menjinakkan ikan gergasi tersebut menjelaskan yang ikan berkenaan berkemungkinan berusia 50 tahun.

Setelah berjaya ditangkap, Ikan tersebut bagaimanapun telah dilepaskan kembali ke dalam sungai.

Post Berkaitan

Leave a Reply