4 tahun besarkan anjing peliharaan, Maryam lepaskan anjing kesayangan demi Islam

Sebelum ini telah tular di media sosial apabila seorang pemuda dari Kelantan telah bertemu dengan jodohnya di Korea.

Hasil gabungan dua buah negera antara Malaysia dan Korea itu maka terciptalah nama ‘Durian Kimchi’. Kisah mereka tidak hanya terhenti di situ.

Pasangan Ryzal dan Maryam sentiasa memuat naik video rutin harian mereka di laman Inst.agram dan Yo.utube menjadikan mereka semakin dikenali ramai tambahan pula dengan gelagat spontan Maryam yang sentiasa mencuit hati penonton.

Maryam tinggalkan anjing kesayangan

Baru-baru ini, Ryzal telah memuat naik video isterinya yang terpaksa melepaskan anjing peliharaannya dengan neneknya memandangkan dia secara rasminya sudah memasuki Islam.

“Sebaknya hati Ryzal bila Maryam lebih memilih Islam daripada anjing yang dulu merupakan salah satu punca Maryam teruskan hidup.”

-Ryzal-

 

Pengorbanan yang menyentuh hati

Menurut Ryzal setelah 4 tahun Maryam membesarkan anjing, isterinya terpaksa menyerahkan pada orang lain dan memilih Islam.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai yang tersentuh melihat hubungan antara Maryam dan anjingnya.

Moga Ryzal dapat terus menjadi suami terbaik buat Maryam
Menerusi entri tersebut juga, Ryzal turut menitipkan doa dan pesanan semoga dirinya dapat menjadi suami yang terbaik buat Maryam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

55 − 47 =