7 Petua Pandai Bahasa Inggeris dengan Mudah

1. Berani berbahasa inggeris walaupun salah.

– keyakinan akan membuatkan anda berani untuk bercakap didalam Bahasa Inggeris.

2. Menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary).

– Anda mempunyai perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu mengucapkan ?saya mahu makan nasi? dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan saya, apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan?apa perkataan nasi dalam bahasa Inggeris.

Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya. Percaya atau tidak, ini adalah sebab terbesar mengapa ramai orang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa.

3. Kuasai English Grammar sedikit demi sedikit.

– Anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa grammar tidak begitu susah seperti yang anda fikirkan selama ini.

4. Berfikir dalam Bahasa Inggeris.

– Contohnya, apabila anda melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, apakah yang akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, ?kenapa budak ni menangis?, ?Siapa buat budak ni menangis?, ?Budak ni sakit ke? dan bermacam-macam lagi yang boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda.

Namun, apabila anda mahu cepat pandai Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, ?Why is this boy crying?, What is happening here?, Where is his parents?, ?what is he doing here? dan bermacam-macam lagi.

5. Menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari.

– petua ini adalah antara teknik utama yang digunakan di pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus intensif Bahasa Inggeris.

6. cari kawan-kawan yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris.

– Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris,anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda jadi lebih yakin dan lebih mudah untuk memajukan tahap penguasaan anda.

7. Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian

– Contohnya kalau anda mahu kata ?saya rasa tidak sihat? dan tidak tahu apa ayat yang biasa digunakan untuk menggambarkan situasi ini, mungkin sukar jadinya. Apa yang anda akan kata untuk menggambarkan ayat tadi?

Adakah anda akan kata ?I am not healthy? Atau ?I feel not healthy? Hmmm? yang mana satu ye? Mungkin banyak cara yang boleh digunakan untuk menggambarkan ayat ?saya rasa tidak sihat? tetapi ayat yang biasa saya gunakan ialah ?I am not feeling well?.

Sumber: gpsbestari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 2 =