Ajak orang berjudi balik raya, iklan raya dikecam tak hirau sensitiviti umat Islam

Sejak semalam, sebuah iklan mempromosikan aktiviti perjudian yang bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen.

Klip video berdurasi dua minit itu dikatakan menyinggung sensitiviti umat Islam, apatah lagi memaparkan beberapa pelakon dipercayai Muslim yang tampil dengan imej bertudung, berbaju kurung dan berbaju Melayu.

Difahamkan, iklan berkenaan cuba mempengaruhi umat Islam untuk berjudi dengan meraih wang berganda sempena sambutan Hari Raya.

ADVERTISEMENT

โ€œApa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya, banyaklah wang boleh dimenangi,โ€ antara bait-bait lirik digunakan oleh syarikat perjudian tersebut.
Menerusi laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan tindakan syarikat tersebut yang tidak sensitif dengan kemuliaan bulan Ramadan selain seolah-olah mempersendakan agama Islam.

Halal ke duit lakonan?

Tapi bukan macam Melayu je?

Terang2 persenda agamaโ€ฆ

Mesti โ€˜targetโ€™ dorang pelanggan Islam

Malah, terdapat juga segelintir individu menggesa agar pihak berkuasa untuk memantau dan mengambil tindakan tegas supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Siap buat iklan tu!

Tolong la kerahkan anggota

Bagaimanapun, hasil carian di saluran Y0uTube mendapati iklan berkenaan dipercayai sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

89 + = 96