Doa Untuk Keselamatan Keluarga Dari Dirompak Serta Doa Pagar Kawasan Rumah

Doa Untuk Keselamatan Keluarga Dari Dirompak Serta Doa Pagar Kawasan Rumah | Jenayah seperti pecah rumah dan rompakan sememangnya amat tidak disenangi apabila ianya berlaku nak pula jika melibatkan nyawa penghuni rumah. Kediaman yang di sangka kan selamat untuk di huni oleh ahli keluarga tetapi boleh menjadi sasaran pelaku jenayah.

Pelbagai sistem keselamatan di pasang bagi memastikan sebarang jenayah dapat dielakkan dari berlaku dan keselamatan keluarga terpelihara sebaik mungkin. Namun sebagai orang Islam kita juga perlu redha dengan ujian apabila di rompak setelah pelbagai usaha telah kita lakukan.

Tiada siapa yang mahu menjadi mangsa rompakan nak pula jika ianya boleh meninggalkan trauma pada diri sendiri mahupun ahli keluarga.

Selain menambah baik sistem keselamatan di rumah jangan pula kita lupa untuk mengamalkan doa untuk keselamatan keluarga:

DOA PAGAR KAWASAN RUMAH UNTUK KESELAMATAN KELUARGA

Cara-caranya:

1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.

2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

Ayat ini jika diamalkan selalu bagi menjamin keselamatan keluarga dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.

Maksudnya:

8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)

DOA KESELAMATAN DIJAUHKAN DARI PEROMPAK

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.

Maksudnya:

“Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim.” (Surah Al Mukminun: Ayat 28)

Disini kami kongsikan langkah-langkah yang boleh mengelakkan anda dari menjadi mangsa rompakan ketika berada di luar rumah:

Cara hendak masuk ke dalam kereta di tempat letak kereta atau garaj

  1. Berhati-hati. Pastikan anda melihat sekeliling anda, lihat di tingkap sebelah penumpang dan tempat duduk belakang. Jangan terus masuk.
  2. Jika kereta anda diletakkan bersebelahan sebuah van besar, pastikan anda memasuki kereta anda melalui pintu penumpang. Kebanyakkan perompak dan pembunuh bersiri akan menyerang mangsa dengan menarik mereka ke dalam van besar.
  3. Jika kereta yang diletakkan disebelah kereta anda merupakan milik seorang lelaki yang sedang duduk bersendirian, anda mungkin perlu berjalan kembali ke dalam pusat beli belah dan mendapatkan seorang pegawai keselamatan untuk menemani anda.

Jangan keluar jika bunyi aneh

Seorang wanita memberitahu bahawa dia terdengar bunyi bayi menangis di anjung pada malam itu dan dia menelefon polis kerana hari sudah lewat dan sangat aneh bunyi yang dikeluarkan bayi tersebut.

Polis itu kemudiannya menasihatinya supaya jangan membuka pintu walau apa pun yang berlaku. Kemudian apa yang polis jumpai adalah sebuah telefon bimbit yang mempunyai rakaman suara bayi!

Ini adalah taktik perompak untuk mengumpan wanita keluar dan merompaknya! Jika anda merasakan perkara yang aneh berlaku di kawasan sekitar anda jangan keluarga tanpa ahli keluarga anda!

Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

Pastikan anda kongsi tip keselamatan keluarga ini bersama keluarga dan orang yang anda sayang. Ia mungkin berlaku kepada anda dan orang sekeliling anda terutamanya wanita. Sebarkan amalan keselamatan keluarga ini dan ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa ramai orang!

Sumber: notaustaz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

79 + = 89