Otak melayang pikir masalah, tiba-tiba motor melelong, nasib tak jatuh. Tanpa disangka berlaku keajaiban.

Bila berada dalam kesusahan pasti akan ada pertolongan. Tak kira jenis pertolongan termasuklah tidak mengira kaum, bangsa dan agama, kalau dah berada dalam satu negara apa salahnya kalau tolong menolong bukan?

Ya, seperti kisah remaja ini dalam kesu sahan semasa dalam perjalanan dari Ipoh ke Gopeng membuatkan kita bersyukur hi dup harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Mana taknya, menerusi laman Twit ternya Danish Dylon berkongsi kisahnya yang dibantu oleh seorang ‘uncle lori’ yang tidak dikenalinya. Keikhlasan Uncle ini membantu remaja tersebut membuatkan ramai yang terharu.

“Lagi 10km nak ke Tol Gopeng, terpaksa tolak motor slow-slow”

Pecah tayar belakang atas highway. Polis ronda datang tapi luar kemampuan diorang, tak boleh nak tolong. Lagi 10km nak ke Tol Gopeng, terpaksa tolak motor slow-slow. Datang uncle ni offer nak tolong angkut motor pergi bengkel motor.

Thank you uncle. Proud to be Malaysians…

Dah berkali kali nk bagi duit, dia tak terima. Dia cakap dia tolong sebab nampak saya su sah bukan sebab nak duit.


Bagaimanapun, ciapan remaja ini mendapat perhatian ramai daripada warganet yang terharu dengan sifat ikhlas menolong dan kita percaya masih ada insan-insan yang baik hati seperti mereka ini.

Siapa sangka, dalam kesu sahan pastinya akan ada satu keajaiban berlaku, sama seperti kisah remaja dan uncle lori yang baik hati ini.

Sumber: DanishDylon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 84 = 93