Pekerja kilang kena h3ntam pasal punca C0vid. Tapi pernahkan anda ambil peduli pasal kami.

Salam, nama aku Along, seorang lelaki lepasan SPM yang kini berusia 22 tahun. Rasa terpanggul mahu berkongsi pengalaman aku lepas aku terbaca confession awek yang kerja sebagai juruju4l di sebuah kedai telefon. Aku setuju dengan apa yang dia cuba sampaikan sebab aku juga tergolong di dalam kelompok yang bekerja 12 jam sehari. Bezanya di kerja di dalam mall, manakala aku bekerja di dalam kilang.

 

Ye kilang, kerja yang ramai membuatkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di luar sana memandang rendah pada aku. Mereka tidak cakap terus pada aku, tetapi dari riak muka dan gaya percakapan mereka, aku boleh tahu persepsi mereka pada aku. Tetapi, sebagai seorang lelaki yang positif, aku memang tidak mahu ambil port pasal orang-orang tua ini.

Yang aku mahu kongsikan adalah pasal stigma masyarakat kita, ramai yang ingat kerja kilang ini kerja yang teruk, tiada kelas, selayaknya untuk bangla, bukan itu saja bila tercetusnya c0vid lagi teruk kami dipandang. Tidak perlu ambil contoh jauh-jauh, kawan-kawan aku sendirilah, bila aku balk lewat selalu kata-kata perli itu timbul.

“Dah macam bangla dah ko ni, pergi kerja gelap balik kerja pun gelap”

“Jangan rapat sangat ngan dia, dia kerja kilang tuh, bah4ya kita nanti”

 

“Biar kerja kilang, asalkan tak meng3mis minta dult mak bapak..”

Aku senyum saja sebab aku tahu kerja aku macam mana. Mereka sibuk kutuk aku tetapi mereka masih duduk di rumah tidak bekerja sebab terlampau memilih kerana mahu menjaga air muka. Melepak sana sini pakai dult KWSP mak yang baru keluar. Puiihh!

Biar aku kerja teruk tiada mengapa, asalkan aku tidak mengemis dult mak bapak. Cukuplah sudah 17 tahun mereka menyara aku, biarlah aku pula yang keluar bekerja mencari dult belanja aku sendiri dari hari-hari duduk meminta dult untuk melepak ke hulu ke hilir.

Lagi satu sudah kerja kilang ini normal bagi aku kalau kena OT pada hari Ahad dan ini pun jadi satu isu dikalangan kawan-kawan aku.. Hahaha.. Mereka tidak tahu ke OT pada hari Ahad ini lebih masyuk berbanding dengan hari-hari yang lain? Dapat tambah dult poket, sebulan tidak dari RM2,500 kalau gaji asas kau RM1,200. Siapa mahu bagi?

Aku membebel ini bukannya aku mahu menceritakan pasal gaji atau mengutuk kawan-kawan aku, tetapi bagi aku, majoriti anak muda memang mahu memilih kerja. Mahu kerja waktu pejabat sahaja, Sabtu Ahad haram untuk mereka bekerja. Masa untuk melepak katanya. Ye lah, aku faham, siapa yang tidak mahu kalau dapat kerja yang selesa macam itu. Tetapi sebelum kau dapat kerja yang kau idam-idamkan itu, ko cubalah pergi kerja di tempat lain. Masuk kilang-kilang besar dan kau akan faham kenapa.

Lagi satu, ko ingat yang kerja kilang ini semua jadi operator ke? Aku tidak mahulah sentuh pasal jenis kerja aku. Tetapi, alhamdulillah sekarang aku sudah bekerja dan gembira sebab tidak perlu meng3mis dult dari mak bapak. Semuanya atas usaha aku sendiri.

Dan satu lagi aku tak boleh tahan, apabila dituduh menjadi punca penyebaran c0vid. Jangan asyik tuduh kami pekerja kilang yang menjadi punca c0vid. Tahukah anda, kami memakai separa ppe selama 12 jam sama juga macam frontliner pakai. Kami jaga jarak dan sentiasa memakai face mask. Kami lebih menjaga sop dari anda diluar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

75 − 67 =