Pokok Durian Sangka dan Durian Terong Yang Berusia 100 Tahun Diminati Ramai Kerana Sedap Melebihi Durian lain..

Durian ini berbeza daripada kebanyakan durian lain kerana rasa manis dan berlemak durian itu berbeza dengan raja buah yang dibeli di tempat lain, kata seorang penduduk, Syed Kamal Syed Abdul Ghafar, 51.Katanya lagi “Buah ini juga tidak menyebabkan panas (badan), saya pernah memakan 15 biji durian ini tetapi tidak mengalami masalah panas badan,” ujarnya.

Pemiliknya, Syed Abu Bakar Syed Salim, 74, berkata, pokok tersebut yang dipercayai ditanam nenek atau moyangnya itu dikenali sebagai durian sangka dan durian terong. “Mengikut cerita ibu bapa saya, dua batang pokok ini telah mengeluarkan buah sejak tahun 1920-an lagi.


Mengikut pengalaman beliau, semasa kecil beliau menggunakan atap zink yang diletakkan di kepala semasa mengutip durian bagi mengelak risiko kece­deraan ditimpa buah gugur,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Menurut Syed Abu Bakar, walaupun dilanda banjir teruk sebelum ini, dua pokok durian tersebut yang ditanam di kawasan rumahnya masih mengeluarkan buah yang lebat pada saban tahun. Jelas lelaki itu, pokok durian tersebut juga masih subur sehingga dahan dan rantingnya pernah patah akibat ditiup angin kuat kerana tidak dapat menampung buah yang lebat.

Dua batang pokok durian berusia lebih 100 tahun di Kampung Jenderak itu sentiasa berbuah lebat pada setiap musim yang mana pasti menjadi tumpuan penduduk dan penggemar raja buah termasuk dari tempat lain. Pokok bersaiz empat pemeluk orang dewasa dengan ketinggian 70 meter itu dikatakan mampu mengeluarkan kira-kira 1,000 biji buah bagi satu musim.

Disebabkan itu keistimewaannya, durian tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk, malah ada juga orang luar yang datang membelinya, hampir setiap hari ada pembeli datang. Beliau jual buah durian tersebut pada harga yang berpatutan iaitu RM8 hingga RM10 sekilogram kerana mahu berkongsi rezeki dengan orang lain. (Termeloh)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

27 − = 21