Saya pergi tak lama, kita jumpa lagi nanti. Anjing seakan faham apa yang dia kata. Mamat muslim ni buat orang pelik.

Baru-baru ini, seorang pencinta haiwan Mohd Ridhuan Daud memuat naik sebuah video di laman Twltter memaparkan seekor anjing jalanan kelihatan sedih ketika dia mahu pulang ke rumah dari tempat kerja.

Menurut pemuda berusia 22 tahun itu, niatnya sekadar ingin berkongsi bersama pengikutnya mengenai kasih sayang terhadap haiwan malah tidak lupa memakai sarung tangan sebelum menyentuh anjing tersebut.

“Saya tak kisah apa pandangan orang. Saya masih tahu menjaga batas hukum dan sebagai seorang Muslim, saya tahu bezakan baik dan buruk.

“Selagi tak mel4nggar hukum agama, tak salah sekiranya saya berbuat baik kepada anjing. Terpulang kepada orang. Kita tak boleh ubah mentaliti mereka,” katanya menerusi 1 laman web terkenal.


Mohd Ridhuan berkata, dia sering memberi makanan kepada anjing itu sejak beberapa minggu lalu sehingga sudah dikenali haiwan tersebut.

Pemuda berasal dari Johor Bahru itu sering melepak di tepi laut selepas selesai waktu kerja atau selepas makan dan akan memberi makanan kepada beberapa ekor anjing.

“Beberapa hari saya tak ke sana, anjing ni merayau sampai terjumpa saya yang bekerja di kedai serbaneka tak jauh dari tempat selalu berinya makan.
“Sejak dari itu, ia memang tunggu saya petang-petang sebelum balik rumah. Itu yang terjadi scene sedih, seolah-olah saya nak tinggalkan dia,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 1 =