Sebelum ni duduk dalam stor, Aku dapatkan mereka rumah. Tak sedap hati, aku ter jah mengejut rumah tu.

BUKAN saiz rumah menjadi ukuran, tetapi keadaan di dalamnya yang menjadi perhatian.

Walaupun rumah as naf mungkin dianggap biasa-biasa, namun apa yang lebih penting bagi sesebuah kediaman adalah penghuninya cukup selesa.

Seorang guru merasai keterujaan sewaktu bertandang ke rumah yang dihuni tiga beranak pada hujung minggu lalu.

Menurut guru itu, keluarga tersebut terdiri daripada seorang bapa yang tinggal bersama dua anaknya masing-masing perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia tujuh tahun.

Keadaan di rumah tamu.

“Aku buat ter jah mengejut ke satu rumah as naf. Sebaik masuk rumah, aku minta izin nak tengok bilik dan tandas. Allahu, seronok betul aku lihat rumah mereka.

“Kecil, tapi kemas ya amat! Sebutir pasir pun tak melekat kat kaki bila masuk rumah. Semuanya tersusun elok saja,” tulisnya menerusi halaman Fesbuk Mohd Fadli Salleh.

Kelengkapan tersusun dan pakaian dilipat dengan kemas.

Berkongsi kisah mengenai keluarga tersebut, Mohd Fadli berkata, mereka sebelum ini hanya tidur di sebuah stor kecil di tempat kerja bapa dua anak itu.

“Di stor kecil yang sem pit bertiga. Tidak mampu nak sewa rumah, maka stor tempat kerja si ayah dijadikan tempat tinggal sementara.

“Sebaik aku dapat tahu pada awal tahun baru-baru ni, aku carikan rumah sewa berdekatan dengan seko lah anak-anak,” ujarnya sambil menambah bahawa pihaknya turut membantu keluarga itu dari segi dep osit rumah sewa serta menyumbangkan tikar getah dan tilam.

Tiada kotoran di bilik mandi.

Bukan sekadar itu, keadaan keluarga tersebut turut dipantau terutama memastikan kanak-kanak itu dihantar ke sekolah setiap hari.

Lebih menggembirakan apabila anak sulung lelaki itu merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di sekolah.

Mereka mungkin susah, namun mereka menjaga kebersihan diri dan rumah

MOHD FADLI SALLEH

” Sesekali bawa mereka keluar makan, bagi barangan dapur dan bantu apa yang patut. Dah lama tak jumpa mereka. Last sebelum PK P lagi.

“Kali ini ada peluang, bawa mereka makan. Belikan barangan dapur, almari baju dan sebagainya. Aku hantar semua barangan ke rumah mereka dan terus buat spot ch eck mengejut,” tambahnya.

Keadaan dapur juga bersih dan tersusun.

Mohd Fadli bersyukur kerana melihat keluarga tersebut begitu mementingkan kebersihan meskipun hidup mereka serba kekurangan.

“Alhamdulillah, mereka sangat pembersih orangnya. Tandas pun bersih dan berkilat. Suka betul aku bila lihat keluarga pembersih ni.

“Mereka mungkin susah, namun mereka menjaga kebersihan diri dan rumah. Semoga keluarga ini dapat keluar dari kepompong kemis kinan dan boleh membantu orang lain juga,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

32 − 26 =