Sekarang Allah uji Ebit Lew dengan Kekayaan Berlipat Ganda. Tiba-Tiba Dia Hilang Dibumi Anbia.

Bismillah. Terpanggil untuk berkongsi kisah inspirasi ini untuk followers saya… Saya antara sahabat yg menyaksikan Ebit Lew, org yg betul2 susah miskin, dih1na, dikenakan, diketawakan.. Tiba2 Allah beri kekayaan padanya yg bukan sedikit.

Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing2 belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang. Kami ada dalam 5 org sahabat baik di ofis waktu tu. 3 lelaki dan 2 perempuan.
Di ofis ni, tak ramai perempuan. Penceramah perempuan 2 org sahaja. Semua sekali 5 staff perempuan dan 20 staff lelaki.

Dulu kami kerja sebelah menyebelah meja waktu di C0mpany Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yg selalu dtg kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat R.hum. Di depan meja saya, ada tikar kecil yg comel dan karpet2 yg cute.

Kawan2 ni akan sengaja pijak2 carpet cute dan lembut ni untuk legakan kaki. Dan kalau dikira dekorasi tempat meja saya paling lawalah waktu tu di ofis tu. Jadi selalu geng berlima ni bawa makanan, letak di tikar saya, duduk di lantai dan makan di situ.

Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya dult, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sgt. Saya beli barang2 hiasan, dan hias dengan bunga2 warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja.

Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dgr Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah2 sahabat. Bila dia ada masalah, dia dtg cari sy dan terus cerita pung pang pung pang apa org kut0k dia.

Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call sy kirimkan dult minta belikan bunga untuk isterinya. Saya pilih dan minta kedai gubahkan dgn sgt cantik.

Tak lama sy terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dgn senyum manis. Ya tuhan, hati sy sgt2 berbunga. Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer dult gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan.

Waktu tu dult dia cukup2. Kata dia, “cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati.
Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian2 tempat..saya tanya dia.. “Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar dult..Nanti macam mana kalau dult habis?” (soalan saya 14 tahun dlu waktu tak faham *hakikat memberi* ) dan saya tahu dia memang tak ada dult.

Ebit jawab.. “Takpe laila.. Keluar je jemaah dlu.. Nanti Allah ganti” Dulu keretanya buruk sgt2. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Org ketawakan dia.. Kawan2 kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Sapa nak dgr cakap ko.. Sapa nak dgr ko ceramah.. Tak laku”

Memang org kenakan dia cukup2, ketawakan dia cukup2.. Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yg dia nak buka 10 cwgn tahun lepas. Akhirnya Allah makbulkan dlm 2bulan.

Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam2 perancangan dia yg dia bagitahu saya, Allah bg semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah! Sampai k3s org s4kit hati, u.gut ke.. Tu perkara biasa

Sampai dia kata, kdg Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah. Tp saya tahu, tu kata2 saja. Kata2 org yg letih sgt berju4ng dgn karenah pelbagai pihak tp cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua org peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu x pernah m4ti.

Macam kita lah, rasa nak lari kan kalau dh tekanan bnyk sgt.. Macam nk tinggal semua.. Pada saya, dari susuk tubuh seorang sahabat, dari dulu sampai skrg, dia tak pernah berubah. Tetap sama. MashaAllah. Tabarakallah.

Sp3kulasi Ebit Liew hilang selepas melaksanakan Mlsi B4ntuan Kemanusiaan Gaza P4lestin timbul apabila akaun Fesbuk pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

Rata-rata netizen Malaysia menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam mlsi menghantar keperluan asas dan ubat-ubatan ke P4lestin.

Ebit Liew berlepas ke Mesir pada 25 Mei 2021 menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau bekerjasama dengan Egypt Red Cr3scent dan Palestin Red Crescent dalam mlsi tersebut.

Ebit Liew antaranya membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan untuk dihantar terus ke h0spital di Gaza

Amalan dia yg sy takkan lupa yg sy tengok di ofis selama 4 tahun tiap2 hari tanpa gagal.

  • Rajin sgt2 usaha
  • Qailulah
  • Cara tidur ikut sunnah Nabi
  • Selalu belanja kami
  • Senyum setiap hari
  • Nangis bila berdoa
  • Dhuha 6 rakaat dan lebih
  • Solat jemaah di Masjid dan dah bersiap awal ke Masjid tanpa gagal
  • Berbuat baik dgn isteri tanpa gagal
  • Amalan memberi hadiah buat isteri
  • Berbuat baik dgn mak ayah, adik beradik dan mak ayah isteri
  • Keluar dakwah
  • Amalan doa khusus

Nampak macam biasa2… Kita pun tahu amalan tu.. Tapi dia ada amalan memaafkan org dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.. Dan amalan ni dia buat sungguh2.
Dan itu saya kira antara amalan paling mahal dia ada…

Kredit; Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 5