Selalu diganggu bunyi-bunyi pelik atas siling, lelaki ini nekad pasang jubin kaca.

Pemilik k3dai pasang siling kaca, tapi kucing pula tak berhenti tenung

Sekiranya anda memiliki kucing, pastinya anda mempunyai perasaan seperti sentiasa diperhatikan. Ini kerana kucing bukan sahaja suka menghendap, mereka juga mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

Oleh itu tidak hairanlah mereka suka berada di tempat di mana mereka mempunyai pandangan persekitaran yang luas.

Seperti yang dikongsikan baru-baru ini oleh seorang pengguna Twltter, rakannya telah memasang siling kaca di k3dainya.

Pengguna Twltter dari Taiwan SCMcrocodile baru-baru ini memuatnaik beberapa gambar k3dai rakannya yang telah menjalani beberapa pengubahsuaian siling untuk memasukkan jubin kaca agar ‘tetamu’ di luar boleh menonton mereka di dalam.

Rakannya memiliki sebuah k3dai kecil dengan kawasan bumbung yang menjadi tempat persinggahan kucing-kucing jalanan. Bumbung itu kini telah digantikan dengan panel kaca berbanding jubin siling biasa untuk kucing-kucing tersebut menikmati permandangan di dalam k3dai.

Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat beberapa ekor kucing duduk di atas siling kaca itu sambil memerhati ke dalam k3dai dan gelagat mereka itu sangat menghiburkan.

Malah bukan kucing-kucing itu sahaja yang dapat menyaksikan pemandangan yang menyeronokkan, malah orang di dalam k3dai juga terhibur melihat rupa mereka dari bawah.

Gelagat mereka yang tidak berhenti tenung orang di dalam k3dai mengundang netizen untuk memberikan pelbagai nama lucu kepada kucing-kucing itu seperti CC.TV (cat ceiling top view) dan purrveilance camera.

Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 3 =