Setahun Lebih Dia Hi lang, Abah Tidak Akan Putus Asa. Tiap Kali Magrib Terdengar Suara Dia Sayup-sayup.

“SAYA tak rasa dia hi lang dicu lik sebab kadang-kala terdengar suaranya sayup-sayup di kawasan rumah,” luah bapa kepada Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi yang sejak April 2019 masih belum ditemui.

Mengimbas kembali keja dian yang berlaku pada 15 April , Mohd Fauzi Abdul Ghaffar,45 memberitahu sebenarnya anak kelima daripada enam orang adik beradik itu bukan mening galkan rumah seperti yang dila porkan sesetengah media.

Katanya, anaknya itu hilang ketika bermain di kawasan berdekatan rumah hampir ke waktu Maghrib.

“Ketika itu dua abangnya dah panggil suruh masuk ke rumah, tetapi dia cakap nak main dan selepas itu kelibatnya tidak kelihatan sampailah sekarang.

“Saya dah pun buat lapo ran po lis mengenai kehilangannya, namun pih ak berku asa juga masih buntu,” jelasnya kepada satu laman web terkenal.

Zahir (dua kanan) bersama keluarganya.

Menurut Mohd Fauzi, pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan oleh keluarganya.

“Saya ada cetak ‘flyer’ gambar Zahir untuk di edarkan di sekitar Nilai, Bandar Seri Putra dan kawasan-kawasan sekitarnya, juga kepada kawan-kawan di seluruh tanah air.

“Selain itu, kami termasuk ibunya, Sainih Sunding juga ikhtiar dengan peru batan Islam, namun sudah setahun lebih, Zahir masih belum ditemui.

“Kami yakin dia masih ada dan saya tidak akan berhenti menca rinya,” katanya.

Berkongsi perangai anaknya yang berusia lapan tahun itu, Mohd Fauzi memberitahu dua tiga minggu sebelum kehi langannya, perangai Zahir agak pelik sedikit.

“Dia asyik panggil “abah, orang cakap abah bukan abah Zahir”. Saya anggap dia sahaja cakap macam tu.

“Selepas itu, dia ada panggil saya lagi, “abah, abah”, bila ditanya kenapa dia jawab “saja panggil abah sebab rindu”.

“Dia ni jenis yang suka tersenyum, bila panggil je saya, lepas tu dia senyum dah gelak.

“Apabila tengok ayam goreng memang teringatkan dia sebab itulah yang Zahir suka,” ujar Mohd Fauzi.


Zahir hilang sejak 15 April 2019

.
Jelas Mohd Fauzi, sejak kehilangan Zahir, tidak dinafikan seluruh keluarga amat se dih.

Kalau orang tengok saya mungkin tenang saja, tetapi bila berseorangan hanya Tuhan yang tahu.

MOHD FAUZI ABDUL GHAFFAR
Bapa kepada Muhammad Zahiruddin Putra

“Memang selalu terbayangkan wajahnya. Kadang-kadang menjelang Maghrib saya ada dengar suaranya sayup-sayup. “Sebab itu saya yakin dia masih ada di kawasan perumahan ini. “Selebihnya saya tidak pasti,” ujarnya yang kedengaran pilu dihujung bicara.

Mohd Fauzi tetap mena ruh hara pan suatu hari nanti anaknya ini akan kembali ke pangkuan keluarga. “Anak sendiri sudah tentu saya akan terus dan terus mencari. Selagi belum menemuinya, selagi itulah harapan disandarkan untuk bertemu Zahir semula,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Zahiruddin dila porkan hi lang selepas keluar dari rumahnya di sebuah flat di Bandar Seri Putra, Bangi untuk bermain bersama rakannya.

Po lis belum menu tup k3s mang sa yang ketika keja dian berusia lapan tahun manakala pihak keluarga pula masih berharap untuk mengetahui nasib anak mereka.

Bapanya, Mohd. Fauzi Abd. Ghaffar, 46, berkata, dia dan keluarganya terus buntu memikirkan nasib anak bongsu daripada lima beradik itu kerana tidak mene mui apa-apa petun juk mengenai keberadaan atau nasib Zahiruddin.

Bagaimanapun, Mohd. Fauzi berkata, dia sekeluarga tidak patah semangat untuk terus mencari Zahiruddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

72 − = 63