Subhanallah, Pelik kedalaman 1.7km dari muka bumi ada masjid serta mempunyai makmum.

SubhaanAllah.. Suatu perkara yang tidak pernah didengar namun ianya berlaku. Sebuah masjid yang terletak 1,700 meter dari permukaan bumi, mungkin yang terdalam di dunia. Masjid adalah tanda syiar Islam, di mana ada masjid, maka itu tanda di situ ada umat Islam. Maka, di mana-mana pun umat Islam tinggal, semestinya di situ ada masjid.

Masya Allah, Siapa Sangka 1700 Meter Di Dalam P3rut Bvmi Juga Terdapat Masjid.

Inilah yang digambarkan apabila terbinanya Masjid Baabul Munawwar yang terletak pada kedalaman 1,700 meter dari permukaan bvmi. Masjid Baabul Munawwar yang membawa maksud ‘pintu tempat cahaya’ dibina untuk kegunaan pek3rja PT Freeport Indonesia melakukan ibadat, terutama sembahyang tanpa perlu naik ke atas permukaan bumi.

Tentu sekali kewujudan masjid di bawah permukaan bumi itu adalah manifestasi kepada betapa masjid wujud di mana-mana sekali pun untuk memberi peluang umat Islam mengunjungi rumah Allah itu biarpun berada jauh di perut bumi.

PT Freeport adalah pengendali l0mbong yang menghasilkan tembaga, emas dan perak terbesar di Indonesia yang terletak di Tembagapura, Timika, Papua. Masjid Baabul Munawwar dirasmikan pada Jun 2016 itu cukup bermakna kepada pekerja yang beragama Islam bagi membolehkan mereka melakukan ibadat dalam persekitaran yang selesa.

Masjid tersebut telah direkodkan sebagai masjid yang dibina pada kedalaman perut bumi paling dalam di Indonisia, bahkan di dunia. Masjid memberi manfaat kepada pek3rja bahagian 0perasi lombong bawah tanah seperti m3kanik, op3rator pembinaan, elektrik dan instrumen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 1