Syahmi gertak asif yang dia bakal masuk neraka. Tiba-tiba terus bangun, gelagat Asif curi perhatian.

Tidak lama dahulu, YouT uber terkenal Syahmi Sazli telah memenangi anugerah ‘Video Pendek Terbaek’ dalam satu anugerah siaran TV.

Karya ‘Drama Spontan’ yang mengetengahkan dua orang remaja autisme ini telah berjaya membuatkan anak kelahiran Kelantan ini menempah nama di media sosial serta menjadikan pelakon utamanya Asif Suhaimi dan Yoe parey terkenal.

Tetap solat walaupun tak wajib

Umum sedia maklum bahawa Asif merupakan sepupu kepada Syahmi dan kerap berada bersama keluarga YouT uber tersebut. Hubungan yang rapat antara mereka kerap kali dilihat menerusi Inst agram masing-masing.

Menerusi perkongsian terbaru Syahmi Sazli di Inst agramnya, dia telah memuat naik gambar Asif yang sedang solat walaupun tidak berada dalam pergerakaan yang sempurna.

Menurut kapsyen yang dinyatakan oleh Syahmi, pada awalnya dia hanya bergurau dengan Asif berkaitan satu video yang ditonton dan cuba menakut-nakutkan remaja itu.

Terus bangun pergi solat


Tanpa disangka Asif terus bangun dan bertanyakan perihal waktu solat kerana enggan masuk ke dalam neraka. Situasi lucu itu turut dinyatakan oleh Syahmi apabila Asif terus bertanyakan tentang waktu Isyak sedangkan ketika itu baru waktu Magrib.

Alhamdulillah, free2 dapat pahala

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terhibur dengan lawak spontan mereka berdua. Walau bagaimanapun ada juga yang meninggalkan komen memberitahu bahawa terkesan dengan tindakan Asif kerana remaja istimewa itu lebih memahami tentang konsep syurga neraka berbanding masyarakat yang normal.

bagus Asif boleh fikir tentang syurga neraka

Besar pahala jaga anak syurga ni

Anak syurga dah pasti ke syurga


Sumber : Syahmi Sazli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

57 + = 58