Video – Musim hujan ni, tutup lah kipas kalau tak pakai, jangan sampai jadi macam ni.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Ja batan Bo mba dan Penye lamat Malaysia, antara faktor utama berlakunya keba karan termasuklah masalah litar pintas dan kega galan peralatan elektrik.

Menerusi satu video yang tu lar, sebuah kipas yang diletakkan di dalam bilik telah mengalami letu pan kecil gara-gara kepanasan akibat dibiarkan terpasang terlalu lama. Video yang dikongsikan di fesbuk itu menunjukkan kipas tersebut terba kar dan cair sehingga menitik ke atas objek berhampiran.


Pada masa yang sama, kipas yang terlampau kotor juga berpotensi untuk terba kar kerana kotoran itu terkumpul pada bahagian ventilasi kipas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kipas perlulah dibersihkan secara berkala. Jangan tunggu terba kar baru nak bersihkan!

Selain itu, suis kipas wajib ditutup setiap kali anda meninggalkan bilik. Konsep kipas ini sama juga seperti diri kita, apabila kita melakukan sesuatu kerja tanpa henti, pasti kita akan berasa penat seolah-olah hilang tulang belakang. Begitu juga dengan kipas, kalau dah setiap jam ia berpusing tanpa henti, lama-lama pasti akan ‘pening’.

Di samping itu, ia amatlah penting untuk memastikan bahawa peralatan elektrik yang digunakan mempunyai kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Penggunaan barangan elektrik termasuklah kipas yang tiada kelulusan SIRIM dapat diibaratkan seperti menggadai nya wa sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Post Berkaitan

Leave a Reply